Sunday, May 31, 2020

updated 1:37 PM UTC, May 30, 2020

7 premis diarahkan tutup serta-merta, 457 premis diperiksa MPLBP

  • Published in Berita Semasa

LANGKAWI, 7 April - 457 premis perniagaan telah diperiksa Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Sehingga semalam, 7 buah premis diarahkan menutup operasi serta merta kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Manakala 57 premis pula telah diberi amaran secara lisan.

Menurut Setiausaha MPLBP, Noorul Azzyati Ahmad, berkata, notis penutupan premis dan notis amaran dikeluarkan pihaknya dari semasa ke semasa mengikut  arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau bercakap kepada pemberita RTM selepas membuat pemantauan Pasar Awam Kelibang.