Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

JKM pusat penyaluran kit barangan keperluan asas

  • Published in Berita Semasa


KAYANG, 31 Mac
- Kementerian Wanita dan Keluarga pula menyediakan peruntukan RM22.2 juta, sebagai bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan penguatkuasaan PKP.

Bagi tujuan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak sebagai pusat utama penyaluran kit barangan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di setiap negeri.

Menurut Timbalan Menteri, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, setiap kawasan Parlimen akan menerima 1000 kit barangan yang bernilai RM100 setiap satu.

Bantuan berkenaan disalur terus kepada setiap penerima menerusi pangkalan data JKM yang sentiasa dikemaskini agar setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.