Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Kedutaan Besar China sumbang 10,000 topeng muka

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 31 Mac - 
Kedutaan Besar China di Malaysia menyerahkan 10,000 topeng muka kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bahagian Hal Ehwal Agama.

Topeng muka berkenaan untuk diedar kepada warga JPM dan orang ramai.

Bagi Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sumbangan topeng muka dari kerajaan China itu bukti persahabatan erat kedua-dua kerajaan yang telah terjalin sekian lama.

Duta Besar China di Malaysia, Bai Tian berkata pemberian topeng muka itu sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia yang telah membantu China ketika negara itu berdepan saat sukar.

Sumbangan itu turut digunakan bagi menjayakan Program Musaadah COVID-19 yang diadakan sejak 19 Mac lalu.

Mengulas mengenai pencuci basmi kuman yang telah diruqyahkan, Datuk Seri Dr Zulkifli berkata, ia satu perkara yang baik namun tidak boleh dikenakan harga tinggi.

Tambah beliau, pencuci basmi kuman itu juga perlu memberi kebaikan kepada pengguna, selain menegaskan, ruqyah sebaik-baiknya ialah berdoa kepada Allah.