Tuesday, June 2, 2020

updated 10:28 AM UTC, Jun 2, 2020

COVID-19: Lagi 6 kematian, 140 kes baharu

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA, 31 Mac
- 140 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif dalam negara kini 2,766 kes.

Terdapat pertambahan 6 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian antara 26 hingga 31 Mac mencecah 43 kes.

Terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad sebanyak 537 kes.

Datuk Dr Noor Hisham menjelaskannya statistik terkini dalam sidang media khas di Putrajaya.