Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Komuniti sukan lega sukan Olimpik Tokyo ditunda

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang telah menunda penganjuran temasya sukan antarabangsa itu ke tahun hadapan.

Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria dalam satu kenyataan kepada media hari ini memaklumkan, tarikh baharu iaitu pada 23 Julai hingga 8 Ogos 20221 ternyata memberi kelegaan kepada semua komuniti sukan terutama atlet yang bakal bertanding.

Penundaan selama 12 bulan itu memberi peluang kepada semua negara untuk memberi perhatian membendung wabak COVID-19 selain memberi masa kepada atlet untuk kembali membuat persediaan.

Jelasnya, pihak MOM akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Antarabangsa bagi memastikan temasya itu nanti berjalan dengan adil terutama dari segi proses kelayakan.

Di pihak tempatan, MOM akan terus melakukan koordinasi bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan emas pertama negara di Olimpik dapat dicapai.