Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

16 dewasa, 7 kanak-kanak didenda dan jamin kerana ingkar PKP

  • Published in Nasional

KOTA TINGGI, 31 Mac - 16 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor.

Turut dihadapkan di mahkamah sama, 7 kanak-kanak yang juga berdepan tuduhan sama.

Tertuduh yang berusia diantara 15 hingga 37 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sidin.

Kes membabtikan tuduhan terhadap kanak-kanak pula tidak dibicarakan kerana berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Kanak-Kanak.

Prosiding dijadual berlangsung 11 Mei.

Mereka bagaimanapun dibenar diikat jamin RM1,000 setiap seorang.