Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

JPA cari kaedah terbaik peroleh data : Jumlah Penjawat Awam hadapi masalah mental masih belum lengkap

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU - Bilangan penjawat awam yang mengalami masalah psikologi dan mental di negara ini masih belum lengkap dikumpulkan sepenuhnya. 

Namun Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA tetap mengemaskini dan mencari kaedah terbaik memperolehi data-data tersebut daripada kesemua jabatan serta agensi kerajaan. Timbalan Pengarah Kanan JPA Dr. Jalil Hassan menjangkakan satu kaedah terbaik akan digunakan untuk mengetahui bilangan penjawat awam yang berdepan masalah itu.

Beliau ditemui selepas menghadiri Hari Terbuka Psikologi Malaysia di Kuala Terengganu.

Mac lalu, CUEPACS menerusi Presidennya, Datuk Azih Muda mendakwa, 400,000 penjawat awam mengalami masalah psikologi dan mental di tempat kerja.