Tuesday, July 7, 2020

updated 1:48 AM UTC, Jul 7, 2020

Pekerja MBPP dan MBSP dibantu

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN, 31 Mac - Lebih kurang 5,000 pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bakal menerima bantuan kewangan sekali bayar berjumlah RM300.

Bantuan menerusi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang itu kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo, sebagai membantu serta menghargai pekerja pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya, mereka yang bertugas untuk membersihkan kawasan Pulau Pinang tidak harus diabaikan malah akan terus dihargai.

Menurut Jagdeep, bantuan itu bakal disegerakan dan disalur terus ke akaun pekerja bermula esok.

Beliau berkata demikian pagi tadi dalam Majlis Penghargaan dan Penjelasan Agihan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang di George Town.