Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Universiti Malaysia Kelantan akan melaksanakan 'Food Bank Siswa' akhir bulan ini - Datuk Seri Saifuddin Nasution

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM - Universiti Malaysia Kelantan yang akan melaksana 'Food Bank Siswa' akhir bulan ini, melengkapkan sasaran penyertaan kesemua 20 universiti awam dalam program itu. 

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 7 ribu 500 pelajar sudah menerima manfaat pelaksanaannya.

Beliau menjelaskannya selepas merasmikan program 'Food Bank Siswa' di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Saifuddin turut memaklumkan, Rang Undang-undang Bagi Perlindungan Penderma Makanan 2019 dijangka dibentang di Dewan Negara, Disember depan.

Ia antara lain memperuntukkan perlindungan kepada penderma makanan daripada sebarang liabiliti sivil.