Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Beberapa laluan jalan raya di sekitar Selangor akan ditutup secara berperingkat

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM, 31 Mac - Beberapa laluan jalan raya di sekitar Selangor akan ditutup secara berperingkat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Buat masa ini, beberapa laluan di Kota Damansara dan Petaling Jaya yang telah ditutup adalah sebagai peringatan kepada orang awam supaya mengurangkan perjalanan di luar rumah selain bagi memudahkan sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Arjunaidi Mohamad berkata, terdapat empat jalan telah ditutup bagi memudahkan tapisan penggunaan jalan raya.

Beliau ditemui pada sidang media OPS COVID-19 Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Secara keseluruhan, tahap pematuhan arahan PKP di Selangor dilihat mengalami perkembangan positif setelah 191 kes disiasat dan 364 tangkapan akibat perlanggaran arahan.

Selain itu, 8 kes dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan Menghalang Penjawat Awam dalam Menjalankan Tugas dan Peraturan 7(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.