Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Wabak Covid-19 tambah buruk jika rakyat tidak peduli

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, penularan Covid-19 akan bertambah buruk, jika langkah-langkah pencegahan wabak tidak dipedulikan rakyat, khususnya mereka yang berada dalam zon merah, khususnya di ibu negara.

Bimbang kadar pematuhan belum memuaskan beliau berkata, sekatan jalan raya akan diperketatkan manakala dron akan turut digunakan untuk proses nyah cemar di sekitar ibu negara.

Beliau bercakap dalam sidang media menerusi Facebook kementerian terbabit.

Tambahnya, antara lokasi zon merah di ibu negara ialah Sri Petaling, Kampung Baharu dan Bukit Damansara.

Bagi membantu gelandangan sepanjang PKP, pihak kementerian akan menyediakan tempat tinggal sementara yang lebih terkawal.