Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bentong ditutup pada pukul 7 pagi tadi

  • Published in Berita Semasa

BENTONG - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang di buka malam tadi berikutan kejadian banjir kilat di Kampung Kuala Repas, Bentong ditutup pada pukul 7
pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, banjir yang telah surut membolehkan 13 orang penduduk yang dipindahkan ke pusat berkenaan, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, penduduk yang terjejas sebelum ini ditempatkan di Surau Kampung Kuala Repas sejak pukul 10.15 malam tadi setelah pihaknya menerima laporan pada 8.45 malam.

Kejadian hujan lebat berterusan selama 20 minit bermula pukul 8 malam semalam menyebabkan tiga rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sedalam 0.152 meter dan dipindahkan ke PPS tersebut.