Logo

241 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

PERAK - Setakat pukul 8 pagi tadi , seramai 241 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, seramai 219 orang daripada 61 keluarga di daerah Hilir Perak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan.

Ia melibatkan mangsa dari Kampung Batu 9, Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Lorong Sidang Osman dan Batu 8, katanya.

Sebuah lagi PPS yang baru dibuka di daerah Hulu Perak malam tadi iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Ikan di Lenggong juga masih menempatkan empat penduduk membabitkan satu keluarga.

Beliau berkata jumlah mangsa yang masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang kekal seramai 18 orang membabitkan empat keluarga dari Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.