Logo

Malaysia-Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas

KOTA KINABALU ,29 Mac - Atas semangat serumpun Malaysia-Brunei, 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir akibat sekatan perjalanan, selamat tiba di tanah air, hari ini.

Kenyataan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar memaklumkan pesawat sewaan
khas Brunei untuk membawa pulang rakyatnya itu tiba di Bandar Seri Begawan, pada 9.08 minit pagi.

Terdahulu, Malaysia turut membantu Brunei membawa pulang kira-kira 134 rakyatnya yang terkandas di negara ini, menaiki pesawat Malaysia Airlines ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, pada 5:15 pagi tadi.

Pesawat yang sama kemudian berpatah balik, membawa 84 rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir serta 25 rakyat Malaysia yang terkandas di Brunei.

Pesawat itu selamat tiba di Kuala Lumpur, pada 12:11 tengah hari tadi.

Atas semangat kerjasama itu, Datuk Kamaruddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Brunei selain optimis mahu memastikan kebajikan rakyat yang terkandas di mana-mana negara akan terus dibela.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.