Logo

Pesawat khas dari China tiba bawa bekalan PPE untuk petugas hadapan di Sabah

KOTA KINABALU ,29 Mac - Pesawat sewa khas dari China yang membawa bantuan bekalan peralatan dan perlindungan diri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Bantuan meliputi bekalan penutup mulut dan hidung, serta pelbagai peralatan perlindungan untuk kegunaan petugas hadapan COVID-19 di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berada di Terminal Dua KKIA bagi menyambut ketibaan pesawat tersebut.

Bekalan peralatan dinyahkuman terlebih dahulu dan disampaikan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide kepada Datuk Seri Shafie.

Peralatan berkenaan disumbang China sebagai tanda terima kasih mereka kepada Kerajaan Negeri Sabah, atas sokongan dan bantuan Sabah ketika negara tersebut menghadapi saat genting penularan wabak COVID-19.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.