Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Festival Seni Selat Melaka bertemakan 'Selat Melaka Warisan Nusantara' bakal dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Melaka sebagai acara tahunan - EXCO Pelancongan Negeri

  • Published in Berita Semasa

MELAKA - Festival Seni Selat Melaka bertemakan 'Selat Melaka Warisan Nusantara' bakal dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Melaka sebagai acara tahunan.

EXCO Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata sejak festival berkenaan berlangsung Jumaat lalu, hampir 20 ribu pengunjung telah hadir.

Beliau yakin program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri mampu membantu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara ke Melaka melalui budaya serta tarian asli dari negeri-negeri selatan tanah air.

Ia turut diserikan dengan tarian tradisional dari negara jiran Medan, Indonesia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Malam Muzikal Festival Seni Selat Melaka; dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Bandar Hilir.