Logo

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeksportan durian beku sebanyak seribu tan matrik setiap bulan ke China - Sim Tze Tzin

PULAU PINANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeksportan durian beku sebanyak seribu tan matrik setiap bulan ke China dalam tempoh 3 

tahun akan datang.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata, ia berikutan permintaan dan sambutan menggalakkan daripada negara itu.

Justeru, pemain industri durian Malaysia terus dibantu berkaitan penjagaan kualiti durian agar dapat bersaing di pasaran global.

Dengan Amalan Pertanian Baik yang dilakukan petani, beliau yakin pengeluaran durian bermutu tinggi mampu dicapai.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ujarnya, bekalan durian dalam negara mencukupi bagi menampung permintaan.

Beliau menyatakannya di Batu Maung.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.