Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

PM - Rakyat Perlu Tolak Pemimpin Syok Sendiri

KANGAR  - Rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri' sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam keadaan UMNO dan Barisaan Nasional (BN) yang terus konsisten menabur jasa kepada rakyat, pembangkang pula semakin bercelaru dan tidak mampu membela nasib rakyat.

"Tiada siapa yang berhak menjadi perdana menteri melainkan melalui proses pilihan raya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang banyak memenangi kerusi yang layak membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.

"Tidak boleh tawar diri sendiri untuk jadi perdana menteri seperti yang berlaku dalam pembangkang. Perdana menteri sejak merdeka adalah Presiden UMNO sebab UMNO yang paling banyak kerusi di Parlimen," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri Perlis yang dihadiri 3,000 anggota parti di Dewan 2020.

 

Datuk Seri Najib berkata kekuatan UMNO masih utuh dan kukuh serta mampu memenangi pilihan raya yang akan datang.

"Sebab itu, kita tidak boleh dengar mana-mana kumpulan yang kerap kali bermesyuarat semata-mata mahu memilih calon perdana menteri masing-masing," katanya.

(Sumber - Bernama)