Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

PM - Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pemangku Pengerusi FGV Yang Baharu.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures ( FGV) yang baharu. 

Beliau jurut turut mengumumkan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pelantikan jawatan kedua duanya berkuatkuasa serta merta. 

Tan Sri Sulaiman menggantikan Tan Sri Mohd. Isa yang melepaskan jawatannya hari ini.

Perletakan jawatan Tan Sri Isa itu turut disahkan pihak FGV dalam satu kenyataan media.

Tambah Datuk Seri Najib, Tan Sri Isa sebelum ini menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu dalam pertemuan mereka pagi tadi .

Pertemuan tersebut turut disertai bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Sementara itu, Datuk Seri Najib turut menjelaskan tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu yang lain.

Mereka yang kini digantung tugas bakal ditentukan oleh Lembaga Siasatan FGV selepas semua siasatan selesai.

Beliau bercakap dalam satu sidang media di Putrajaya.

(Sumber - Dalet Beritartm)