Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Ubat Antiviral 'Avigan' dan 'Fuhaikang' dipertimbang rawat pesakit COVID-19

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 26 Mac - Datuk Dr Noor Hisham berkata penggunaan ubat antiviral Favipiravir iaitu Avigan dan Fuhaikang akan dipertimbang bagi merawat pesakit COVID-19 di negara ini.

Meski tidak didaftarkan di Malaysia, ia masih boleh diguna melalui kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan.

Bagi tujuan keselamatan, ubat berkenaan perlu dikaji kerana mempunyai kesan sampingan.