Wednesday, 30 September 2020

updated 4:02 AM UTC, Sep 30, 2020

Misi keempat bawa pulang rakyat Malaysia dari Itali

  • Published in Berita Semasa

SEPANG, 26 Mac - Ini merupakan misi keempat negara dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Itali selepas kerajaan Malaysia berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China, dan Iran.

Selain itu juga, lebih 1000 rakyat Malaysia yang terkandas di India dan Bangladesh juga turut telah dibawa pulang ke tanahair

Misi hari ini, iaitu 81 rakyat Malaysia yang terkandas di Itali akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini menerusi pesawat Air Asia, D7683.

Sebelum ini, misi tersebut tertangguh susulan pihak berkuasa Itali membatalkan kebenaran mendarat semua pesawat ke negara itu termasuk misi pengangkutan dari Malaysia.

Sepatutnya, rakyat Malaysia dari Itali pulang ke tanahair pada 23 Mac lalu namun Italian Civil Aviation Authority (ENAC) membatalkan kebenaran mendarat untuk semua pesawat termasuk pesawat yang sepatutnya membawa pulang rakyat Malaysia.

Namun, dengan hasil rundingan Wisma Putra bersama kerajaan Itali, telah mendapat kebenaran khas untuk memneruskan usaha negara untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari negara itu.

Pesawat Air Asia D7683 dijangka akan mendarat sekitar jam 11 pagi nanti, namun kemungkinan akan berlaku perubahan masa mengikut situasi semasa.

Kami juga telah dimaklumkan pesawat tersebut telah berlepas dari Itali pada jam 3 petang, mengikut waktu negara tesebut dan ia dijangka mengambil masa hampir 11 jam untuk ke KLIA.

Segala pengurusan membawa pulang rakyat Malaysia dari Itali telah diuruskan oleh Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino dan 81 orang yang dibawa pulang adalah kebanyakkannya pelajar serta telah mendaftar dengan kedutaan.

Sebelum ini, Datuk Abdul Malik telah memaklumkan seramai 323 rakyat Malaysia sudah berdaftar dengan kedutaan dan mereka berada dalam keadaan selamat.

Selepas 81 rakyat Malaysia dibawa pulang, seperti misi-misi yang lain, mereka akan disaring di ADU ini dan dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT),Bandar Enstek, Negeri Sembilan serta dikurantin selama 14 hari bagi memastikan mereka benar-benar bebas dari wabak COVID-19.