Logo

Semua laluan ke Kota Bharu ditutup


KOTA BHARU, 26 Mac - 
Polis Kelantan menutup semua laluan masuk ke bandar Kota Bharu berikutan terdapat sebahagian rakyat di negeri itu masih ingkar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan, kebanyakan mereka yang ditahan dalam sekatan jalan raya memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dan keluar tanpa tujuan penting.

Pihaknya turut memandang serius terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dan melontarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa ketika PKP dijalankan.

Tindakan sudah diambil dan tangkapan telah dibuat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.