Saturday, 8 August 2020

updated 3:14 AM UTC, Aug 8, 2020

15 insentif untuk rakyat dan sektor tertentu di Johor

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 25 Mac - 15 lagi insentif diumumkan kerajaan negeri Johor untuk rakyat dan sektor tertentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, melibatkan peruntukan RM17.5 juta.

Jelas Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad, daripada jumlah itu setengah juta ringgit diperuntukkan kepada jabatan kesihatan negeri bagi membeli peralatan tambahan dan keperluan utama lain.

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi negeri itu, mereka yang menerima manfaat langsung ialah golongan penyewa Program Perumahan Rakyat, petugas sektor kesihatan, para peniaga dan golongan B40.

Peruntukan RM200,000 turut disediakan bagi penyediaan makanan kepada polis dan angkatan tentera bertugas sepanjang PKP dilaksana.

RM1.2 juta pula diperuntukkan bagi memperluas pelaksanaan program Bank Makanan, manakala bayaran balik pinjaman pelajaran di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ditangguhkan sehingga Jun.

Bayaran lesen perniagaan kepada lebih 11 ribu peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan turut dikecualikan sepanjang tahun ini.