Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Individu Ingkar PKP bakal berdepan tindakan undang-undang

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA, 25 Mac - 
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa tindakan undang-udang bakal dikenakan kepada yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya.

1,029 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan terhadap 193,687 buah kenderaan.

Pasukan keselamatan turut melakukan 2481 pemeriksaan mengejut, selain 1,719 aktiviti hebahan mengenai PKP.

Pasukan keselamatan diarah melakukan pengawasan di premis perbankan kerana ia hari pembayaran gaji untuk penjawat awam.