Logo

Zakat Negeri Kedah peruntukan RM7 juta, bantu golongan asnaf

KEDAH, 25 Mac - RM7 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi memastikan golongan asnaf tidak terputus bekalan makanan ketika dalam Perintah Kawalan Pertahanan.

Di Langkawi, bekalan makanan itu akan memanfaatkan 2,900 isi rumah.

Menurut Pegawai Zakat Langkawi, Yusuf Ahmad, 29 penolong amil dilantik menguruskan agihan.

Golongan petani, nelayan dan peniaga kecil terjejas khususnya yang berpendapatan rendah perlu memaklumkan kepada penolong amil untuk mendapatkan bekalan makanan.

Beliau berkata demikian kepada RTM di Langkawi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.