Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Tanah runtuh : 64 penghuni Azalea Apartments Sri Penchala dipindahkan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Seramai 64 orang penghuni Azalea Apartments di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, Kuala Lumpur terpaksa dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh di belakang apartmen itu awal pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Zuhair Faisal Zulkifli berkata mereka yang menghuni 24 unit kediaman di apartmen itu telah dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail.

Tanah runtuh berlaku di belakang kawasan apartmen terbabit melibatkan kawasan berukuran 30 X 5 meter dan setinggi 6 meter.

Semua penghuni diarah meninggalkan kediaman setelah bomba mendapati bangunan itu tidak selamat diduduki.

Pihak polis akan membuat kawalan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.