Logo

Harga siling topeng muka akan dikaji semula

PUTRAJAYA, 22 Mac - Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penetapan harga siling topeng muka pada kadar RM2 setiap satu dilihat terlalu tinggi dan perlu dikaji semula.

Sehubungan itu, perkara berkenaan akan dibincangkan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan esok.

Harga topeng muka tidak boleh ditetapkan pada harga tinggi, memandangkan kerajaan telah bersetuju menghapuskan duti import untuk pembeliannya.

Mengulas mengenai stok topeng muka, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sedang dalam proses membeli 10 juta lagi stok barang keperluan itu dari China.

Keutamaan agihan diberi kepada kakitangan kesihatan, anggota penguatkuasa dan penduduk di kawasan berisiko tinggi jangkitan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.