Logo

212 terkandas di Uzbekistan kini kembali ke Malaysia



KUALA LUMPUR, 22 Mac
- Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan selamat tiba di tanah air malam semalam.

Penerbangan ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negara berkenaan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar dalam kenyataan medianya menjelaskan, pesawat yang sama turut membawa pulang kira-kira 200 rakyat Uzbekistan yang terkandas di negara ini.

Operasi tersebut diselaras kedutaan besar negara tersebut di Kuala Lumpur.

Tegasnya, Malaysia menghargai inisiatif kerajaan Uzbekistan serta bantuan yang dihulurkan.

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.