Logo

Terengganu pelawa syarikat swasta dan asing bangunkan projek solar sasar pemasangan 12,000 panel solar

 

DUNGUN, TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa syarikat swasta termasuk dari luar negara untuk melabur dan membangunkan projek tenaga solar di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, terdapat beberapa projek tenaga solar sedang dibangunkan melibatkan syarikat swasta. Projek tersebut dilaksanakan di Setiu, Marang, Kemaman dan Dungun.

Kerajaan negeri telah menerima beberapa kertas cadangan daripada pihak swasta yang ingin bekerjasama di dalam projek pembangunan tenaga solar.

Beliau ditemui selepas melawat tapak Pusat Latihan Solar, Pusat Kemahiran Terengganu di Dungun.

Projek tenaga solar Terengganu menyasarkan pemasangan lebih 12,000 panel solar bagi disalurkan ke pencawang Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.