Perintah Kawalan Pergerakan : Lebih 50,000 anggota keselamatan dan PBT pantau negara


PUTRAJAYA, 22 Mac
- Bagi menguatkuasakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih 50,000 anggota keselamatan termasuk Polis, Tentera, Jabatan Sukarelawan (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pihak berkuasa tempatan mula digerakkan bermula pukul 12 tengah hari tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan jumlah anggota itu diperlukan bagi meningkatkan kadar pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Pihak Polis bersama-sama Angkatan Tentera akan melaksanakan siri rondaan, sekatan jalan raya serta hebahan kepada umum selain mengawal kesesakan di kawasan tumpuan ramai.

Mereka juga akan mengetatkan kawalan di pintu masuk sempadan yang berisiko tinggi.

Dalam sidang harian COVID-19 dari Putrajya, Datuk Seri Ismail menjelaskan, 1,462 anggota RELA dan lebih 3,000 anggota APM turut sama membantu, khususnya di luar bandar.