Logo

Sarang mat gian diserbu, warga emas antara yang dicekup

KEDAH - Empat individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK di sekitar Flat Paya Nahu dan Kota Kuala Muda, Kedah.

Serbuan menerusi Op Cegah ini dilakukan di sarang penagih dadah melepaskan gian.

Mereka yang dicekup berumur lingkungan 19 hingga 60 tahun.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, operasi disertai tujuh pegawainya.

Daripada tujuh yang diperiksa, empat lelaki ditahan selepas hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Morfin dan Methaphetamine.  

Kesemua akan dituduh di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) pindaan 1998.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.