Tuesday, October 22, 2019
updated 1:32 AM UTC, Oct 22, 2019

Industri pelancongan negara mampu capai pendapatan lebih RM92 bilion tahun ini

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR - Industri pelancongan negara diyakini dapat menjana pendapatan lebih RM92 bilion melalui kedatangan 2.8 juta pelancong antarabangsa, tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menjelaskan keyakinan tersebut berdasarkan peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 4.9 peratus kepada hampir 16 juta pelancong sehingga Julai 2019, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Datuk Mohamaddin menjelaskannya dalam sidang media selepas menyempurnakan program Bazar Pelancongan Korporat (CTB) 2019 di ibu negara.

Menurut Datuk Mohamaddin lagi, CTB 2019 yang memasuki edisi ke tujuh penganjurannya itu berupaya menarik minat sektor korporat dan awam terhadap industri perniagaan pelancongan negara.

Disertai lebih 500 peserta mewakili pemain industri pelancongan, sektor korporat dan awam.

Program itu berjaya mencapai sasaran penjualan keseluruhan pakej pelancongan sebanyak RM800,000.