Logo

MFB boleh jadi Model contoh pembangunan HAB perabot di Malaysia

MUAR - Projek Taman Perabot Muar, MFP di Johor boleh dijadikan model contoh pembangunan hab perabot di negara ini.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, perabot dihasilkan di MFP mencapai kualiti tinggi dan mendapat pasaran bukan sahaja tempatan tetapi luar negara.

Pengeluaran perabot di MFP memanfaatkan teknologi baharu selaras dengan era industri 4.0.

Setakat ini, 70% lot tanah industri di MFP melibatkan keluasan 150 hektar berjaya dijual dengan 32 lot telah diserah kepada pelabur.

Pembangunan projek M-F-P dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan nilai jualan produk MFP mencecah lebih RM1 bilion selain mewujudkan 10 ribu peluang pekerjaan.

Dr Sahruddin menjelaskan perkara itu ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Penyiapan Platform Tanah Industri Pertama MFP di Muar.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.