Logo

Orang ramai mula faham tentang PKP yang diumum PM

 

SEBERANG PRAI, 22 Mac - Orang awam mulai faham tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan berikutan pengurangan jumlah kenderaan di jalan raya.

Berdasarkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis daerah Seberang Prai Selatan, penduduknya akur dengan arahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supritendan Shafee Abdul Samad menjelaskan, beberapa sekatan jalan raya telah dilakukan di kawasan Batu Kawan, Simpang 4, Valdor dan juga kawasan sempadan diantara Perak dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sekatan jalan raya ini dilaksanakan selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Selain itu, orang ramai diminta meminimumkan pergerakan keluar rumah hanya bila perlu atau mempunyai hal kecemasan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.