Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Ketua Polis Negara nafi laporan Jho Low di AS, kawalan keselamatan terlalu ketat untuk dibolosi

  • Published in Berita Semasa

PULAU PINANG - Perkembangan berkaitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan laporan sebuah portal berita Amerika Syarikat yang mendakwa ahli perniagaan terbabit berada di negara itu.

Jho Low tidak mungkin berada di negara itu berikutan kawalan keselamatan di negara berkenaan yang sangat ketat sekaligus tidak memungkinkan Jho Low menyelinap masuk.

Beliau ditemui media pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke 72 di Markas Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban Pulau Pinang.