Logo

Rakyat Malaysia yang terkandas di India tiba di KLIA2

 

SEPANG, 22 Mac - 369 rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang India, selamat tiba di tanah air, pagi tadi.

Mereka yang terkandas akibat pembatalan penerbangan luar oleh kerajaan India berikutan penularan wabak COVID-19, merupakan kumpulan pertama daripada 1,519 orang yang terkandas di India.

Kesemua penumpang dibawa pulang menaiki pesawat Air Asia AK10 dari Chennai dan AK22 dari Trichy, yang disewa khas oleh Parti MIC.

Sebanyak 4 lagi pesawat Air Asia yang ditaja penuh MIC termasuk 2 pesawat Malaysia Airlines (MAS) telah diatur Wisma Putra untuk membawa pulang baki 1,147 rakyat Malaysia dari Chennai, Trichy dan Mumbai dalam masa terdekat.

Mereka yang tiba mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam usaha diplomatik 2 hala bagi mendapat kebenaran penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari India.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.