Tuesday, October 22, 2019
updated 1:24 AM UTC, Oct 22, 2019

Ketua Menteri Melaka sahkan seorang ADUN ditahan pihak berkuasa, bantu siasatan penglibatan dengan LTTE.

  • Published in Berita Semasa

MELAKA - Kedua-dua ADUN yang ditahan adalah ADUN DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media menyatakan parti itu akan menyediakan pasukan perundangan untuk mewakili kedua-dua wakil rakyat parti itu.

DAP juga telah meminta Naib Pengerusi Kebangsaan parti, M. Kulasegaran untuk mewakili parti itu dengan pihak berkuasa, pasukan peguam dan juga anggota keluarga yang ditahan.

Parti itu yakin mereka tidak bersalah.

Sementara itu di Melaka, Ketua Menterinya, Adly Zahari mengesahkan Seorang ADUN yang juga Exco kerajaan Negeri itu ditahan pihak berkuasa pagi tadi.

Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Beliau menyatakannya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Adly yakin exco berkenaan akan memberi kerjasama penuh berhubung perkara itu.