Logo

MCMC buka 42 kertas siasatan sebar berita palsu Covid-19

KUALA LUMPUR, 22 Mac - 42 kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kesalahan menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19.

Menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, sebahagian daripadanya telah lengkap dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Bagi mengelak penularan berita palsu, orang ramai diminta melakukan semakan.

150 talian Hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut ditambah bagi memudahkan penyaluran maklumat.

Beliau ditemui pada Taklimat Media bersama RTM dan Bernama di Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.