Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Sebahagian kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo akan diambil bekerja semula dibawah pengurusan baharu - Tun M

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Susulan penamatan operasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad semalam dengan para pekerjanya yang diberi notis singkat untuk segera mengosongkan premis pejabat.

Mengulas perkara tersebut, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebahagian pekerja syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo itu, akan diambil bekerja semula dibawah pengurusan baharu, Aurora Mulia Sdn Bhd.

Selepas 80 tahun beroperasi, Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir mengeluarkan memorandum mengumumkan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan,

Manakala hari akhir perkhidmatan ditetapkan pada 31 Oktober, 2019.

Lembaga pengarah Utusan meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pelikuidasi interim pada 7 Okt kerana syarikat berkenaan tidak lagi boleh meneruskan perniagaannya.