Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

Melaka letak pasukan khas, pantau rakyat patuhi PKP di pasar borong dan pasaraya

  • Published in Nasional

BUKIT BERUANG, 22 Mac - Polis Melaka menggerakkan pasukan pemantau bagi memastikan rakyat di negeri itu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khasnya di kawasan pasar borong dan pasaraya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, walaupun kadar pematuhan rakyat negeri itu dilihat semakin meningkat, pemantauan akan terus dilaksana.

Selain itu kolaborasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut dilaksana, bagi memastikan peniaga mematuhi tempoh operasi yang telah ditetapkan kerajaan negeri.

Arahan berhubung tempoh operasi dikeluarkan Kerajaan Negeri semalam.