Logo

Kakitangan kerajaan perlu bersedia depani perubahan teknologi baharu

PUTRAJAYA - Pegawai dan kakitangan kerajaan perlu bersedia mendepani perubahan dalam pelbagai teknologi baharu seperti penggunaan automasi, Internet of Things (IoT), analisis data raya, simulasi dan integrasi sistem.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail bakar berkata, ia memandangkan teknologi tersebut akan menggantikan kaedah penyampaian dan proses konvensional yang diguna pakai ketika ini.

Jelasnya, semua kementerian dan agensi di bawahnya perlu memahami secara mendalam impak penggunaan teknologi.

Ia susulan teknologi baharu yang berada di pasaran sudah mula digunakan dalam proses kerja kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada
rakyat.

Beliau memaklumkannya selepas merasmikan Konferen Teknologi Keselamatan 2019 (KONTEKS 19) di Putrajaya.

Program julung kali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada sektor awam mengenai teknologi keselamatan, selain menjadi platform kepada pemain industri berkongsi pengalaman menerusi beberapa siri pembentangan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.