Wednesday, 15 July 2020

updated 10:57 AM UTC, Jul 15, 2020

Saki baki peserta tabligh sertai perhimpunan di Sri Petaling dijejaki

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Sebuah pasukan khas ditubuh PDRM, bagi mengesan baki peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang masih belum tampil melakukan proses saringan.

Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, usaha mengesan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan orang awam.

Menurut Tan Sri Hamid lagi, pasukan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Setakat ini, 7,671 jemaah tabligh yang turut serta perhimpunan telah dikesan.