Friday, December 13, 2019
updated 2:26 PM UTC, Dec 13, 2019

SPR nafi berlaku Pilihan Raya Negeri Perak

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MENAFIKAN dakwaan akan berlakunya Pilihan Raya Negeri di Perak seperti mana yang tular kini.

Sebaliknya menjelaskan, surat tular Jabatan Pendidikan Negeri kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri berhubung kelulusan mengadakan lawatan ke sekolah untuk dijadikan pusat mengundi merupakan urusan semakan dari semasa ke semasa SPR.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, urusan ini sedang dijalankan di semua negeri seluruh Malaysia sejak Disember 2018 bertujuan melihat kesesuaian pusat mengundi sedia ada di sekolah.

Ini bagi memastikan jumlah pengundi di sesebuah pusat mengundi tidak terlalu ramai.

Katanya, pelaksanaan urusan ini selaras dengan Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya 1958.

Sehubungan itu, mana-mana pihak dinasihati merujuk kepada SPR terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian agar tidak berlaku kekeliruan.