Wednesday, 15 July 2020

updated 12:03 PM UTC, Jul 15, 2020

COVID-19: Rakyat Malaysia dari Iran selamat tiba

  • Published in Nasional

SEPANG ,22 MAC - Pesawat khas dari Iran membawa 55 orang termasuk 46 rakyat Malaysia, yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di negara tersebut tiba di KLIA pada 6.34 minit pagi tadi.

Pesawat sewa khas AirAsia, D7 680, yang membawa pulang mereka berlepas jam 11.45 pagi semalam dari KLIA ke Tehran bersama 15 kru serta lapan petugas terdiri dari lima petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, dua petugas Wisma Putra dan seorang petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dari jumlah 55 orang yang dibawa pulang, selain 46 rakyat Malaysia, 8 orang rakyat Singapura serta seorang rakyat Indonesia, turut dibawa pulang atas permintaan serta kerjasama negara ASEAN.

Seramai 46 rakyat Malaysia yang dibawa pulang juga merupakan yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

Ini merupakan misi yang ketiga membawa pulang rakyat Malaysia selepas misi pertama dan kedua melibatkan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China pada bulan Februari lalu.

Seperti misi terdahulu, kesemua penumpang pesawat ini akan melalui proses saringan yang telah ditetapkan termasuk akan dikuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Awam yang telah dikenalpasti iaitu Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Negeri Sembilan dan Akademi Audit.