Logo

COVID-19: Jumlah kematian kini catat 8 kes



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, terdapat pertambahan 5 kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini, kini 8 KES.

Perkara itu disahkan melalui laman Facebook beliau yang dimuat naik pukul 6.30 petang tadi.

Dalam sidang media petang tadi, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, KEMATIAN KEEMPAT melibatkan kluster jemaah tabligh di Sri Petaling.

Pesakit ialah lelaki rakyat Malaysia berusia 50 tahun.

Kes ke-238 itu dirujuk ke Hospital Melaka pada 12 Mac lepas, dengan pesakit mengalami gejala 'Severe Acute Respiratory Infection'.

153 kes baharu dilaporkan menjadikan kes positif COVID-19 meningkat sebanyak SERIBU 183 kes.

90 daripadanya berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

27 kes pula telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sebanyak 114 kes.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.