Friday, December 13, 2019
updated 1:38 PM UTC, Dec 13, 2019

Lombong ternakan itik pecah menyebabkan laluan sesak jalan dibanjiri air

  • Published in Berita Semasa


BATU GAJAH, IPOH - Sebuah lombong ternakan itik pecah mengakibatkan air melimpah di kilometer 22, Jalan Ipoh–Lumut berhampiran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak.

Kejadian berlaku 10.00 pagi tadi menyebabkan laluan sesak kerana jalan dibanjiri air.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Ahmad Adnan Basri, anggota trafik dari Balai Batu Gajah dan Pusing telah diarah untuk mengawal lalu lintas dengan membuat sekatan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Perak, Roslan Ghani berkata lombong itik berkenaan pecah berpunca daripada hujan lebat malam tadi.

Bagaimanapun, pukul 2.00 petang tadi air telah surut dan semua kenderaan ringan dibenarkan melalui jalan tersebut.

Pemantauan berterusan dan pembersihan sedang dilakukan.