Tuesday, October 22, 2019
updated 1:38 AM UTC, Oct 22, 2019

Sejak perkenalkan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri Jun 2017, lebih RM531 ribu nilai manfaat dibayar PERKESO

  • Published in Berita Semasa


PARLIMEN - Seramai 184 pemandu teksi telah menerima faedah di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri melibatkan bayaran sebanyak RM531,445.

Jumlah itu termasuk 12 kes kemalangan maut dituntut oleh waris mangsa.

Ketika menjelaskan perkara itu Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran memaklumkan setakat 9 Oktober lalu, seramai 55,049 orang pemandu teksi, e-hailing, Grab dan pemandu bas persendirian telah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. 

Akta Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri diperkenalkan pada Jun 2017 untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan bekerja sendiri.

Buat permulaan akta itu memberi perlindungan kepada semua pemandu teksi, e-hailing dan pemandu Grab dan seumpamanya.

Namun pada 1 Februari lalu, skim tersebut telah diperluas dan dikuatkuasakan ke atas pemandu bas persendirian. 

M.Kulasegaran menjawab pertanyaan ahli parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai.