Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Fokus pelaksanaan WKB 2030 di Sabah dan Sarawak, sasar kecilkan jurang pembangunan

  • Published in Berita Semasa


PARLIMEN - Mengecilkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak berbanding wilayah tengah Semenanjung Malaysia daripada paras semasa antara sasaran Wawasan Kemakmuran Bersama, WKB 2030 di wilayah itu.Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jurang pembangunan semasa, adalah pada nisbah 2.6 di Sabah dan 1.3 di Sarawak berdasarkan KDNK perkapita.

Datuk Seri Azmin menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berhubung perbezaan antara WKB dengan pelan-pelan kerajaan sebelum ini.

Tambahnya bagi merangka pembangunan khusus untuk ke dua-dua negeri itu, kerajaan telah mengenal pasti sektor yang akan diberi tumpuan.

Di Sabah tumpuan diberikan kepada pelancongan pulau, ekonomi sempadan melalui kerjasama "Sub Regional", industri pemprosesan petroleum hiliran, ekonomi komoditi dan produk hiliran, perikanan dan akuakultur.

Sarawak pula adalah ekopelancongan, tenaga boleh baharu, pertanian dan penternakan berteknologi tinggi, petroleum dan gas asli, ekonomi komoditi dan produk hiliran.

Bagi menjayakan cadangan itu pandangan kerajaan negeri akan turut diambil kira.

WKB 2030 menyasarkan tiga objektif utama iaitu menstrukturkan semula ekonomi, menangani ketidaksamaan ekonomi dan membangun negara

Hala tuju ekonomi itu akan dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030 dan merupakan kelangsungan kepada Wawasan 2020.