Logo

Faktor kesunyian akibat kurang tumpuan ibu bapa, kanak-kanak berisiko hidap penyakit mental

 

PUCHONG,SELANGOR - Menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar selepas penyakit jantung di Malaysia.

Lebih membimbangkan lagi, kanak-kanak antara golongan yang lebih terdedah dengan penyakit ini.

Statistik Talian Kasih 15999 menunjukkan dari Mei 2015 hingga September 2019 merekodkan 149 daripada 264 panggilan daripada kanak-kanak adalah hanya mahu berbual-bual disebabkan kesunyian dan ia antara faktor yang menjurus kepada penyakit mental.

Demikian jelas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Justeru tegasnya, ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak khususnya yang berusia 12 tahun ke bawah dan tidak memandang remeh terhadap mereka.

Selain itu katanya, semua pihak terutama komuniti harus memainkan peranan bagi membantu menangkis stigma negatif terhadap penyakit mental tetapi sebaliknya perlu membantu pesakit dengan sikap ambil tahu.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Sambutan Hari Mental Sedunia 2019 di Klinik Kesihatan Puchong.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.