Logo

Kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan

KUANTAN - Kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang-Kuantan, malam tadi. 

Mangsa, Nor Arisya Abdullah, ditemui beberapa penduduk di sekitar kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Difahamkan kanak-kanak terbabit hilang ketika bermain berhampiran kawasan rumahnya petang semalam.

Ibu mangsa memohon bantuan orang ramai menerusi laman sosial Facebook bagi mengesan anaknya.

Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam lubang kumbahan kira-kira 500 meter dari rumahnya, beberapa jam kemudian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 malam.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat kanak-kanak di dalam lubang
kumbahan sebelum operasi membawa keluar mangsa dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.